Soalan - Soalan Lazim
Kami Jawab Soalan-Soalan Anda
Bilakah tarikh luput untuk Sijil Pengendali Makanan?
Tiada tarikh luput untuk Sijil Pengendali Makanan, sijil sah seumur hidup.
Saya cuma berniaga di rumah, adakah saya diwajibkan untuk menghadiri kursus dan mengambil suntikan?
Berdasarkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009, SEMUA yang terlibat dalam pengendalian makanan secara langsung atau tidak langsung perlu hadir ke Kursus Pengendalian Makanan dan mengambil suntikan Antityphoid
Apakah Tujuan Kursus Pengendali Makanan?
Tujuan program Kursus Pengendali Makanan atau Food Handler Training ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan kepada pengguna. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) juga memperkenalkan kursus ini bagi memastikan sistem penghasilan dan penjualan makanan di Malaysia adalah terkawal dan teratur bagi mengawal dan mengelakkan berlakunya wabak dan jangkitan bawaan makanan yang boleh merisikokan kesihatan pengguna.
Siapa Yang Patut Sertai Kursus Ini?
Kursus ini terbuka kepada semua warga tempatan dan asing di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kursus ini sesuai untuk berkaitan dengan pengendalian makanan seperti pemilik atau pekerja di restoran, hotel, kedai runcit, kilang pemprosesan, kilang pengusaha, penjaja makanan, peniaga bazar/pasar malam, katering, pusat jagaan kanak-kanak, dan sebagainya.
Apakah risiko yang saya akan hadapi jika tidak menghadiri dan tidak memiliki sijil?
Akta Makanan 1983 & Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 memperuntukkan DENDA tidak melebihi RM10,000 atau PENJARA tidak melebihi 2 TAHUN jika tidak menjalani latihan kursus atau tidak memiliki SIJIL PENGENDALI MAKANAN.
Jika saya menghadiri kursus secara online atau secara Fizikal di Kedah, bolehkah sijil tersebut digunakan di negeri lain?
Boleh, sijil tersebut boleh digunakan selagi anda berada di dalam Malaysia. Sijil diiktiraf seluruh Malaysia.
Bagaimana cara pembayaran yuran penyertaan dibuat?
Anda boleh membuat pembayaran melalui fpx online banking/credit or debit card melalui website kami ini.
Berapakah Yuran Kursus?
RM 50 seorang. Ini adalah harga kawalan oleh kerajaan Malaysia
Bagaimana Kursus Ini Dijalankan?
Kursus ini secara online atau on-site. Pembelajaran secara norma baru secara online ini merupakan langkah untuk mengawal penularan wabak Covid-19.
Kursus Ini Mengambil Tempoh Berapa Lama?
Kursus ini hanya mengambil masa selama tiga jam. Setiap peserta perlu bersedia awal 15 minit sebelum kursus bermula.
Kursus Secara Online Mengunakan Aplikasi Apa?
Kursus Online menggunakan aplikasi Zoom. Aplikasi ini boleh dimuat turunkan secara percuma di PlayStore (pengguna Android) atau AppleStore (pengguna iPhone)
Satu Peranti (Handphone/Laptop), Boleh Dikongsi Dengan Peserta Lain?
Menurut arahan KKM, satu peranti (komputer/komputer riba/telefon bimbit hanya boleh digunakan oleh satu orang peserta sahaja.
Bilakah peserta akan menerima sijil?
Sijil Softcopy PDF akan dikeluarkan dalam tempoh 24-48 jam selepas tamat kelas.
Sijil original akan dipos ke alamat peserta.
Bolehkah saya ingin memanggil pihak tuan untuk mengajar kursus di tempat kami?
Boleh. Sila hubungi kami ditalian 01621000001